Dispensari merupakan perkhidmatan yang popular di Borneo Utara pada awal 1950-an. Perkhidmatan ini disediakan oleh kerajaan, biasanya di pekan-pekan kecil di kawasan luar bandar. Di sinilah penduduk akan mendapatkan khidmat kesihatan seperti menjalani pemeriksaan ringkas dan mendapat ubat-ubatan.
Selain dispensari tetap yang biasanya ditempatkan di bangunan-bangunan sementara, yang kadang-kadang diperbuat daripada kayu hutan, terdapat juga perkhidmatan bot dispensari yang bergerak melalui sungai-sungai utama dan berhenti di lokasi-lokasi yang ditetapkan mengikut jadual tersedia.
Foto di atas menunjukkan seorang wanita sedang mendapatkan perkhidmatan di sebuah dispensari di pedalaman. Perhatikan dinding bangunan yang diperbuat daripada kulit kayu.