Setakat tahun 1957, satu-satunya lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Borneo Utara ialah Lapangan Terbang Labuan.
Selain itu terdapat dua lagi lapangan terbang yang lebih kecil di Sabah iaitu di Jesselton dan Sandakan.
Membantu melancarkan perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah pada masa itu adalah lima landasan terbang, masing-masing di Ranau, Keningau, Kudat, Lahad Datu dan Tawau.