Album Lama Sabah #20: Jalan Kereta Api, Beaufort – Tenom, 1956

Album-lama-jln-keretapi.jpg
Kongsi Bersama

Di atas adalah pemandangan jalan kereta api di suatu kawasan antara Beaufort dan Tenom. Pada tahun 1956, rel kereta api yang terdapat di North Borneo adalah sepanjang 116 batu (267 km). Ia bermula di Jesselton melalui kawasan datar ke Putatan, Kinarut, Papar, Kimanis dan Membakut sebelum sampai di Beaufort, 56 batu (90 km) dari Jesselton.

Dari Beaufort ia melalui kawasan berbukit-bukau ke Tenom, dan seterusnya ke Melalap. Tenom dan Melalap dihubungkan pula dengan Keningau dan Tambunan dengan jalan tanah merah.

Satu cabang jalan kereta api turut menghubungkan Beaufort dengan Weston, sebuah pelabuhan kecil di Teluk Brunei


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top