Album Lama Sabah #15: Jalan Apas – Bukit Qouin

jalan-apas-tawau.jpg
Kongsi Bersama

Foto menunjukkan kerja-kerja pembinaan jalan dari Apas ke Bukit Quoin, yang merupakan sebahagian daripada usaha menghubungkan Tawau dan Apas. Pembinaan jalan ini bermula pada tahun 1957 dengan sasaran kecepatan satu batu sebulan.

Kerja-kerja pembersihan bagi tujuan membina jalan ini melibatkan kawasan Apas di sebelah utara sehingga ke Bukit Quoin, manakala di sebelah timur pula sehingga ke Estet Balung.

Untuk rekod, pada tahun 1957 jumlah rasa di seluruh Borneo Utara/Sabah adalah sepanjang 722 batu dengan 217 batu jalan berturap, 78 batu jalan konkrit dan 427 batu lagi jalan berbatu kerikil atau jalan tanah merah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top