Gambar di atas yang dirakamkan pada awal 1960-an menunjukkan ‘cowboy’ sedang mengawal ternakan di Sorob Cattle Farm, sebuah ladang ternak yang terletak di Kg Sorob, kira-kira 25 km dari pekan Kota Belud.
Ladang seluas 6,000 ekar ini Sorob Cattle Farm merupakan sebuah projek pembangunan di Borneo Utara yang dimulakan pada tahun 1953. Ia adalah inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan Kota Belud, dan dikendalikan oleh North Borneo Agriculture Department. Haiwan ternakan pula diberikan oleh ahli-ahli Persatuan Pemilik Ternakan (Cattle Owner Association) yang akan dibayar dari keuntungan projek penternakan itu berdasarkan jumlah dan kualiti haiwan yang mereka berikan.
Pada masa kemuncaknya pernah terdapat 350 ekor lembu, 200 ekor kerbau dan puluhan ekor kuda di ladang ternak ini. Sejumlah ‘cowboy’ ditugaskan menjaga haiwan itu bukan sahaja dalam soal makan dan minumnya, tetapi juga soal keselamatan dan kesihatan