Album Lama Sabah #10

budak-pengakap.jpg
Kongsi Bersama

Pertunjukan oleh pasukan pengakap di sebuah padang di Jesselton pada tahun 1952. Bidang kepengakapan di Sabah mempunyai sejarah yang panjang. Ia bermula pada tahun 1913 apabila Rev. Thomas Cecil Alexander dari Misi Anglikan membentuk pasukan pengakap lelaki pertama di Sandakan.

Sembilan tahun kemudian, Kudat menjadi bandar kedua di Borneo Utara yang menggalakkan kepengakapan dan Pengakap yang bertanggungjawab ialah En. G.L. Gray dan En. Jules Stephens (Bapa Allahyarham Tun Fuad Stephen, bekas Ketua Menteri Sabah). Hanya pada tahun 1923 barulah Pasukan Pengakap pertama ditubuhkan di Jesselton.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top