Album Aidilfitri ADUN Kundasang

dr-joachim-1.jpg
Kongsi Bersama

Walaupun disambut secara ‘mengejut’, iaitu sehari lebih awal daripada jangkaan, namun kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini amat ketara. Di Sabah, suasana itu lebih terasa, apabila masyarakat berbilang kaum dan kepercayaannya turut sama meraikan Aidilfitri, sekali gus mengukuhkan lagi ikatan dan persefahaman yang terbina sekian lama.

Itulah juga yang berlaku di DUN Kundasang. Sambutan Aidilfitrinya meriah dan harmoni. ADUN Kundasang, yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam sendiri bergerak dari kampung ke kampung untuk menghadiri rumah terbuka.

Menurut catatan Dr Joachim di Facebook, beliau dan isterinya mengunjungi rumah terbuka di sembilan buah kampung iaitu Kg. Sinisian, Kg. Dumpiring Atas, Kg. Dumpiring Bawah, Kg. Kundansang Lama, Kg. Desa Aman, Kg. Kinasaraban, Kg. Muhibah, Kg. Lembah Permai dan Kg. Naradau.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit beliau, Yubidi Gumpoyo dan Japli Sami; Ketua Anak Negeri (KAN), Andrew Jaibi; Wakil-wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Justin Tiam dan Aini Tampig yang juga Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kundasang; Pegawai Kemajuan Masyarakat, Kasinin Basir; Penyelia Masyarakat, Japili Madi; dan Ketua Pemuda PBS Bahagian Kundasang yang juga Setiausaha Perhubungan Kerja, Khairol Majidi Kalimin.

Menurut catatan Dr Joachim, sejak dahulu aktiviti itu dilakukan setiap kali Aidilfitri menjelang tiba namun ia dihentikan buat sementara waktu akibat pandemik Covid-19.

“Justeru itu, kita perlu mensyukuri dan berterima kasih kerana kita dapat mengadakan aktiviti semula pada tahun ini berikutan kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan,” catat beliau sambil mengingatkan agar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat terus diamalkan.

“Saya  berharap kunjungan hari raya kali ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya.

 

Sumber: FB Dr Joachim Gunsalam

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top