Album Aidilfitri ADUN Apas

Nizam-1.jpg
Kongsi Bersama

ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan isteri  semalam menghadiri beberapa majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Lokasi pertama yang dikunjungi beliau ialah rumah Haji Basir Yahaya di Kg Batu Payung, di mana berlangsung majlis Jalinan Kasih Keluarga Abdul Razak @ Chew Chang Hong. Pada majlis itu Nizam turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan golongan yang kurang berkemampuan.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah itu kemudiannya menghadiri rumah terbuka ADUN Balung, Hamild Awang sebelum meneruskan perjalanan ke rumah terbuka ADUN Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryadi Haji Bandy.

Beliau seterusnya mengunjungi rumah terbuka Ketua Cawangan Perisikan Tentera Zon Timur.

Nizam dan isteri juga berkesempatan memenuhi jemputan resepsi di dua lokasi iaitu di Dewan Terbuka Kg Pukat dan juga Tanjung Batu Laut.

 

Sumber: FB Nizam Abu Bakar Titingan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top