Al-Fatihah: Bekas Adun Kunak Meninggal Dunia Akibat Covid-19

datuk-nilwan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang,71, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Gleneagles dekat sini pada pukul 3.45 pagi tadi.

Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah it menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak awal September.

Beliau menjadi ADUN Kunak selama dua penggal selepas memenangi kerusi DUN Kunak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008.

Kemudian semasa bertanding pada PRU-14, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN Kunak setelah tewas kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Norazlinah Arif.

Allahyarham pernah menjadi Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 2013 di bawah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau memulakan kerjaya politik dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) sebelum menyertai UMNO.

Nilwan merupakan pemimpin politik veteran Sabah yang ketiga meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Dua pemimpin lain ialah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggal dunia pada hujung bulan Ogos.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top