Akmal bidas Nga cuba kaitkan boikot dengan ekonomi negara

akmal-vs-nga.jpg
Kongsi Bersama

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan kempen boikot yang dicadangkannya sebagai punca ekonomi negara semakin teruk.

Sebaliknya, dia berkata, ia adalah kerana menteri “bodoh” seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, kata Akmal dalam satu hantaran di Facebook.

“Dulu zaman Najib Razak kita buat je kempen boikot,tetapi ekonomi tetap naik dengan baik,” katanya.

Semalam, Nga membuat hantaran di X mengatakan bahawa pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan sekali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara, kata Nga.

Dia turut memuat naik tangkapan skrin daripada laporan media Cina dalam ciapan tersebut.

Akmal sebelum ini telah membuat gesaan supaya orang ramai memboikot kedai serbaneka KK Mart susulan dikesan beberapa cawangan kedai itu menjual stoking yang tertera kalimah Allah.

Dia juga mengajak orang ramai untuk memboikot produk keluaran syarikat selebriti dan usahawan kosmetik Aliff Syukri yang mengeluarkan video pendek lagu raya yang dilihat keterlaluan terutama di tengah bulan Ramadan.

 

Sumber: Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top