Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak – Anthony Loke

anthony-loke.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

MELAKA: Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang dalam usaha memastikan pegawai dan anggota negeri itu mendapat latihan secukupnya tanpa perlu ke Semenanjung.

Menterinya, Anthony Loke berkata, setakat ini terdapat 786 pegawai dan anggota JPJ di Sabah dan 739 pegawai dan anggota di Sarawak, justeru pihaknya melihat ada keperluan untuk mewujudkan akademi di negeri berkenaan.

dan lebih baik untuk satu akademi yang boleh melatih anggota di sana namun ini masih dalam peringkat perancangan dan belum mendapat kelulusan bajet.

“Bagaimanapun kami telah memasukkan permohonan pembinaan akademi itu dalam Rancangan Malaysia ke-12, jadi kita kita tunggulah keputusannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-78 di Akademi JPJ Melaka, di Tiang Dua Ayer Molek semalam, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha.

Menurut Loke, Akademi JPJ beroperasi di Semenanjung Malaysia iaitu Kampus Induk di Melaka, wilayah selatan di Johor, wilayah timur di Kelantan dan wilayah utara di Pulau Langkawi.

Sementara itu, beliau berkata, selaras dengan tema sambutan Hari JPJ tahun ini iaitu ‘Digitalisasi Memacu Profesionalisme JPJ’, kesemua anggota dan pegawai haruslah merebut peluang mempertingkatkan lagi teknologi sedia ada.

“Saya percaya JPJ telah siap siaga menyusun strategi untuk memastikan kelangsungan ekosistem pengangkutan jalan di negara ini termasuk mengikut arus pendigitalan merangkumi perkhidmatan perlesenan pemandu, perlesenan kenderaan, penguatkuasaan bersepadu dan bidang kejuruteraan automotif.

“Perkembangan ini juga terbukti memberi impak apabila sehingga 10 Mei lepas, lebih sembilan juta pemegang lesen memandu telah memiliki JPJeID bagi mengekses Aplikasi MyJPJ malah pembayaran Internet terus ke bank atau FPX yang diperkenalkan bakal membantu pengguna bermula 1 Jun ini,” katanya. – Bernama

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top