Akademi Bola Sepak Akan Diwujudkan Di Kota Belud

IMG-20200914-WA0199.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Sebuah akademi bolasepak di bawah Program Pembangunan Bolasepak Belia Kebangsaan (NYDP) akan diwujudkan di Kota Belud dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, akademi tersebut akan dilaksanakan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN).

Ia akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang berbakat di daerah ini dapat dikenal pasti menyertai akademi tersebut, katanya ketika merasmikan program MSN di Kg Taun Gusi, pagi ini.

Turut hadir Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya, calon Barisan Nasional (BN) DUN Tempasuk, Arshad Bistari dan pegawai-pegawai MSN.

Menurut Reezal Merican, pewujudan akademi itu akan menambah bilangan akademi seumpamanya yang sedia ada di Sabah.

Beliau berharap ibu bapa akan terus mendorong anak-anak mereka aktif dalam aktiviti sukan terutama yang berpeluang menyertai akademi itu nanti.

“Kita lihat sambutan ibu bapa sangat baik dan dorongan semikian wajar diteruskan supaya anak-anak yang berbakat mampu pergi lebih jauh”, katanya.

Reezal Merican kemudian mengagihkan sumbangan beberapa biji bola kepada kanak-kanak yang menjadi peserta program berkenaan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top