Ahmad Maslan Sahkan UMNO Calonkan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Ke-9

aHMADMASLAN.jpg
Kongsi Bersama

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan  UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Melalui ciapan Twitternya, jelas beliau UMNO menghantar satu nama sebagai calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang mengadakan mesyuarat malam tadi bersetuju membawa nama Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Katanya lagi, cadangan membawa nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ini juga mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Penasihat UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Ahli-Ahli MKT UMNO.

“Moga Allah memberkati usaha kami,” ujarnya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top