Ahli Sabotaj UMNO: Langkah ‘Pembersihan’ Besar-besaran Hari Ini – Ahmad Zahid

zahid.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa nasib individu lain selain bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan turut ditentukan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam ini (Jumaat)

Jelasnya, ia merupakan sebahagian daripada langkah pembersihan besar-besaran di dalam parti itu seperti diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang lalu.

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting,” kata Ahmad Zahid.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung (UMNO) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran, termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada pilihan raya umum lalu dan mungkin termasuk orang yang `menembak kaki sendiri’ ketika pilihan raya diadakan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam siang media selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama EXCO Luar Bandar (MEXCLUB), di sini, pada Khamis.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top