Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah 5 Tuduhan Cabul 2 Wanita

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli politik Sabah, Phillip Among mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan mencabul kehormatan dua wanita di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dua wanita berasingan, termasuk seorang peserta Ratu Kaamatan yang lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau.

Among atau nama sebenarnya Philip Among @ Daniel Dell Fidelis membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, Among dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita kira-kira 11 malam pada 17 April lalu di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di sini.

Empat pertuduhan lain turut membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga peserta Ratu Kaamatan di empat tempat berasingan pada 19 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Mohd Ali memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kes terbabit mendapat liputan meluas media.

Baca seterusnya di:FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *