Ahli Perniagaan, GLC Diseru Tunaikan Zakat Perniagaan

zakat.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli perniagaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diseru menunaikan zakat perniagaan.

Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin berkata, kewajipan tersebut akan merancakkan lagi aktiviti agihan zakat sekali gus membolehkan lebih ramai golongan asnaf menerima agihan berkenaan.

“Setiap ahli perniagaan seharusnya sedar akan keperluan mereka menunaikan zakat perniagaan.  Hasil kutipan zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang memerlukan di negeri ini, di samping merancakkan lagi aktiviti agihan zakat.

“Kita berharap akan lebih ramai dalam kalangan ahli perniagaan khususnya syarikat-syarikat besar GLC yang tampil menunaikan zakat perniagaan,” katanya.

Yahya ditemui media selepas menerima RM1.429 juta zakat perniagaan daripada Lembaga Koko Malaysia bagi tahun berakhir 2019 oleh Pengerusinya, Rahimah Majid.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini semalam.

Turut hadir di Istana Seri Kinabalu ialah Timbalan Yang DiPertua MUIS Malai Ali Malai Ahmad dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar. – Penerangan


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top