Ahli Parlimen Sri Aman Keluar PSB, Sokong PM

masir-kujat.jpg
Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Sri Aman dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Masir Kujat mengumumkan keluar parti pembangkang serta-merta, dan mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malaysiakini melaporkan Masir sebagai berkata, dia akan kekal sebagai wakil rakyat bebas buat masa ini memandangkan pengggal Parlimen semasa akan tamat dalam setahun lagi.

Dengan keputusan itu, dia berharap kerajaan akan menyalurkan peruntukan setara kepadanya, seperti yang dinikmati oleh ahli parlimen kerajaan lain.

“Saya keluar Parti Rakyat Sarawak (PRS), yang merupakan parti komponen parti pemerintah GPS, dan saya menyertai PSB pada 2019. Sejak itu, saya mempunyai sumber dana yang terhad untuk menjaga pembangunan di kawasan saya.

“Jadi, saya harap dengan status bebas dan menyokong kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri, saya berharap diberikan sedikit peruntukan untuk satu tahun ke depan ini untuk (saya) berkhidmat di kawasan saya, mungkin dalam RM1 juta ke RM2 juta,” katanya ketika dihubungi portal berita tersebut.

“Keputusan ini dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penyokong akar umbi di kawasan saya dan juga ketidakstabilan politik di negara ini yang jelas menjejaskan ekonomi negara dan pembangunan – itu antara faktornya (saya keluar).

“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara,” katanya lagi.

Dengan langkah Masir itu, PSB kini hanya tinggal seorang ahli parlimen, iaitu wakil Selangau, Baru Bian.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top