Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan Bina Rumah Untuk Warga Emas

Steven-Sim.jpg
Kongsi Bersama

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menggunakan wang sendiri untuk membina rumah baharu dalam sembilan hari bagi seorang warga emas yang tinggal di rumah usang tanpa bekalan elektrik atau air selama bertahun-tahun.

Sim berkata, lelaki uzur berusia 75 tahun itu yang hanya dikenali sebagai “Ah Hock” tinggal di rumah daif dan usang dengan bumbung bocor serta tiada tandas.

Oleh itu, katanya, beliau terpaksa menakung air hujan untuk mandi dan membuang air kecil dan besar di semak berhampiran.

“Dia sudah tak berupaya bekerja. Makan minum ihsan jiran yang rata-ratanya orang Melayu,” tulisnya di Twitter.

Beginilah keadaan rumah asal Ah Hock…daif dan usang.

 

Wakil rakyat DAP itu berkata, rumah baharu warga emas itu berjaya disiapkan dalam masa sembilan hari.

“Sudah ada elektrik, pili air. Uncle tak perlu hidup dalam gelap, ambil air hujan lagi.”

“Ahad lalu, kami ‘celebrate’ rumah baru dengan makan stimbot. Uncle kata kali terakhir dia makan stimbot pada ‘zaman (penjajahan) Jepun’. Semoga uncle hidup lebih selesa selepas ini.”

Beliau menyeru mereka yang mahu menderma kepada Ah Hock supaya berbuat demikian di pusat khidmatnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top