Ahli Parlimen DAP ‘Menjerit-jerit’ Ketika PM Ajak Dewan Bertafakur Untuk Korban Covid-19

pembangkang-1068x554-2.jpg
Kongsi Bersama

Sidang Khas Parlimen yang bermula hari ini menonjolkan sikap biadap pemimpin DAP yang bertindak menjerit-jerit semasa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua Ahli-Ahli Parlimen untuk bertafakur dan membacakan Al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19.

Sebelum bermula sesi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengucapkan takziah kepada semua mangsa Covid-19 dan meminta izin kepada Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Harun untuk bertafakur serta membaca doa sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

“Sebelum saya memulakan penerangan (mengenai Pelan Pemulihan Negara), saya mewakili kerajaan dan seluruh ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah Al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa MP DAP bangun antaranya Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.

“Point of order, point of order,” kata Guan Eng yang mengetuai MP DAP untuk menghalang Muhyiddin meneruskan ucapan.

Yang di-Pertua Dewan bagaimanapun meminta Muhyiddin untuk meneruskan ucapan walaupun diganggu oleh pemimpin DAP yang tidak berpuas hati.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top