Ahli Parlimen BN Tolak Cadangan Najib Untuk Kerjasama Dengan Anwar, DAP

najib-razak-umno-meeting-bernama-261020-1-1068x713-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Mesyuarat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menyaksikan perdebatan hangat berhubung cadangan penasihat mereka, Najib Razak untuk bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Sumber memberitahu MalaysiaNow, berdasarkan maklumat daripada sumber peringkat tertinggi Umno, cadangan bekas perdana menteri itu menyebabkan beliau mendapat kritikan hangat daripada ahli-ahli Parlimen BN.

“Sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen Umno menyokong Najib walaupun terdapat tentangan hebat daripada yang lain,” kata sumber itu.

Mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti Melayu itu malam ini, yang dijangkakan akan membuat keputusan sama ada akan kekal atau tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perbincangan ahli-ahli Parlimen BN itu berkisar tentang sokongan mereka terhadap kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin, sehari selepas Agong menitahkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat seperti dicadangkan perdana menteri. – Malaysia Now

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top