Ahli Majlid Daerah Diingatkan Elak Berpolitik, Fokus Kepada Pembangunan

masiung-.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Pemimpin yang dilantik menganggotai Ahli Majlis Daerah diingatkan supaya tidak menjadi agen politik sebaliknya perlu memfokuskan kepada agenda pembangunan.

Wakil Rakyat Kuamut,  Datuk Masiung Banah berkata, Ahli Majlis merupakan duta kecil kepada  masyarakat dan perlu menyelesaikan isu-isu berbangkit melibatkan masalah awam.

” Anggota Majlis dan Pegawai Kerajaan hendaklah menyelesaikan masalah menerusi meja bulat dan bukannya menerusi media sosial seperti Wathsapp atau Facebook,” katanya di majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Tongod pada Khamis.

Seramai 16 orang menerima watikah pelantikan pada majlis Itu yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain di Dewan Masyarakat Tongod.

Pegawai Daerah Tongod, William Ahlan turut hadir di majlis tersebut yang diadakan serentak dengan majlis angkat sumpah 10 orang Ketua-ketua Adat Mahkamah Anak Negeri yang diketuai, Jusison Saidin sebagai Ketua Daerah bersama empat Ketua Anak Negeri (KAN) dan enam Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN).

Masiung berkata,  menjadi Ahli Majlis Daerah bukanlah tiket untuk berpolitik sebaliknya mereka hendaklah mencari inovasi baharu untuk menambah punca pendapatan Majlis Daerah.

Jelasnya, ada ahli majlis pada musim lalu lebih cenderung membincangkan masalah politik berbanding menunaikan tanggungjawab sebagai anggota pihak berkuasa tempatan.

Katanya,  amalan berbincang melalui media sosial juga hendaklah dikikis sebaliknya perlu mencari kata sepakat melalui meja rundingan.

Masiung berkata, walaupun pelantikan Ahli Majlis melibatkan pelbagai parti dalam kerajaan tetapi mereka hendaklah mengetepikan fahaman politik dan bersikap adil kepada orang awam semasa menjalankan tugas.

Beliau mahukan Pegawai Daerah menyediakan laporan setiap bulan terhadap pristasi Ahli Majlis Daerah. Jika didapati mereka gagal melaksanakan tugas tempat mereka hendaklah digantikan dengan orang lain. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top