Ahli lembaga pengarah syarikat penerbangan ditahan, disyaki terbabit penggubahan wang haram

polis.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah ditahan polis semalam, selepas disyaki terbabit kes pengubahan wang haram.

Lelaki bergelar datuk berusia 57 tahun itu ditahan bersama isteri berusia 55 tahun dan anak lelaki berusia 26 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketiga-tiga mereka ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Tangkapan dilakukan kira-kira 5.30 petang di Shah Alam, Selangor,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Difahamkan, JSJK akan mendapatkan perintah reman terhadap ketiga-tiga individu terbabit pagi ini.

Terdahulu, tular di media sosial pendedahan mengenai kegiatan ahli perniagaan yang dikatakan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan menjadikan syarikat penerbangan untuk ‘mencuci duit’.

Pendedahan itu juga mendakwa suspek yang mempunyai beberapa syarikat lain turut terbabit dalam aktiviti penipuan.

Suspek dikatakan pernah dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), selain disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan polis.

 

Sumber: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top