Ahli Dewan Belia Sabah Akan Bersidang Dalam Masa Terdekat – MBS

Abqaree-Majlis-Belia-Sabah.jpg

Abqaree Fawwaz Abekan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Wakil belia daripada 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bakal merasai sendiri pengalaman mewakili DUN masing-masing di dalam persidangan Dewan Belia Sabah.

Menurut Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan program berkenaan akan diumumkan pelancarannya dalam masa terdekat.

“Setakat ini penyertaan telah pun ditutup dan kita telah pun mendapat jumlah,penyertaan yang cukup.

“Dalam masa terdekat ini Majlis Belia Sabah bersama sama dengan Kementerian Belia dan Sukan Sabah berada di fasa akhir untuk perlaksaan itu.

“Untuk perlaksanaannya nanti di peringkat Majlis Belia Sabah akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat”, ujarnya.

Abqaree menekankan objektif perlaksanaan Program Dewan Belia Sabah itu bertujuan mengumpul data berkaitan mengenai keadaan semasa dan masalah pembangunan belia di Sabah untuk dibawa kepada kerajaan negeri selain membina bakat kepimpinan belia sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan.

“Objektif DUN belia sabah ini adalah untuk kita mengumpul data ataupun aduan dan cadangan daripada anak muda untuk kita angkat ke Majlis Rundingan Belia Negara.

“Di Majlis Rundingan Belia Negara kita perlukan input yang banyak supaya input itu dapat kita serahkan kepada Ketua Menteri kita untuk diselesaikan”, tambah beliau.

Untuk rekod, Program Dewan Belia Sabah dilancarkan pada Mac lalu di bawah Inisiatif Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah.

Pogram bertujuan untuk memberi pengalaman kepada Ahli Dewan Belia yang terpilih untuk merasai suasana persidangan di Dewan Undangan Negeri Sabah selain memberi pendedahan mengenai proses pembuatan keputusan di peringkat kerajaan negeri. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top