Agong Zahirkan Penghargaan Kepada Hishammuddin, Adham dan KJ

YDP-Agong.jpg
Kongsi Bersama

CYBERJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas kejayaan mendapatkan sumbangan sejuta dos bekalan vaksin dari kerajaan Jepun.

Memetik hantaran di Facebook Istana Negara, baginda turut menzahirkan penghargaan serupa kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Istana Negara turut menyatakan sumbangan kerajaan Jepun itu jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik dua negara yang telah lama bersahabat.

“Menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, turut menyampaikan ucapan terima kasih Baginda kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi, atas kemurahan hati Kerajaan Jepun menyumbang sejuta dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia.

“Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara,” kata hantaran tersebut.

Khamis lalu, sejuta dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikan jumlah vaksin keluaran AstraZeneca yang diterima oleh Malaysia adalah sebanyak 1,828,000 dos setakat 1 Julai. – SUARA TV


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top