Agong Boleh Tentukan Tarikh Sidang Parlimen Tanpa Nasihat PM – Ku Li

tengku-razaleigh.jpg
Kongsi Bersama

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik ketegasan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.

“Kita semua menyambut baik ketegasan Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga berpandangan Yang di-Pertuan Agong boleh menentukan tarikh sesuai persidangan Dewan Rakyat.

Katanya, Agong juga boleh memanggil Parlimen bersidang tanpa perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada perdana menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat diisytiharkan.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Agong,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum itu Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa YDP Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat dilaksanakan, pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Muhyiddin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top