Agihkan Lebih Banyak Vaksin Kepada Sabah – Dr Aliakbar

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah memohon supaya kerajaan Persekutuan memberi kuota lebih banyak vaksin Covid-19 kepada negeri Sabah.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, seramai lebih 2.7 juta rakyat Sabah layak untuk divaksin.

“Saya melihat kadar pendaftaran untuk mendapatkan vaksin semakin tinggi, walau bagaimanapun saya difahamkan bekalan vaksin untuk Sabah masih jauh daripada keperluan,” katanya.

Dr Aliakbar berkata, atas semangat kebersamaan dengan kerajaan Persekutuan, Sabah sepatutnya mendapat bekalan vaksin yang lebih banyak daripada sekarang.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *