Agihan Kerusi: PKR Okay Dalam Tak Okay

PKR.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Walaupun Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew cuba menunjukkan sifat budimannya dengan berkata partinya bersetuju menerima tujuh kerusi yang diperuntukkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, namun apa yang berlaku semalam mungkin memberikan gambaran yang berbeza.

Liew, dalam kenyataannya semalam berkata, majlis pimpinan negeri (MPN) mencapai kata sepakat untuk bertanding di ketujuh-tujuh kerusi berkenaan iaitu Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api Api, Klias dan Sook.

Persoalan jumlah kerusi ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terjawab apabila parti itu akan meletakkan calon di 7 kerusi ditinggalkan rakan mereka dalam Warisan Plus.

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew bersama majlis pimpinan negeri (MPN), mencapai kata sepakat, dengan Warisan untuk bertanding pada PRN 26 September ini.

Kerusi itu adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api Api, Klias dan Sook.

Dalam kenyataan hari ini Liew berkata, keputusan itu dipersetujui Presiden PKR Anwar Ibrahim dan menyokong keputusan pemimpin tempatan untuk kepentingan Sabah.

“Kami gembira dapat bergabung dengan Warisan, DAP, Upko dan Amanah bagi memastikan kami tetap menjadi unit yang strategik, stabil dan bersatu mempertahankan kehendak dan mandat rakyat.

“Walaupun memutuskan menggunakan logo sendiri, kami berharap pengundi Sabah akan terus memberikan sokongan kepada pakatan ini.

“Kami berpegang teguh pada kepercayaan dan kerjasama yang terjalin dalam komponen perikatan ini, dan kami menyokong kepemimpinan (presiden Warisan) Shafie Apdal untuk memimpin negeri ini menuju kejayaan,” katanya dengan penuh diplomasi.

Tetapi menurut pemerhati, semasa nama-nama calon Warisan Plus diumumkan semalam, wakil-wakil PKR yang berada di dewan itu jelas gelisah dan tidak senang duduk. Berdasarkan senarai yang diumumkan, PKR hanya diperuntukkan tujuh kerusi, separuh daripada apa yang diwar-warkan pada sehari sebelumnya.

Walaupun Christina dengan diplomasinya berkata, PKR Sabah tidak pernah mohon 14 kerusi, namun dua hari lalu Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek berkata, parti itu akan bertanding di 14 kerusi.

Simsudin malah menyenaraikan kerusi-kerusi tersebut iaitu Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, Sook, Kemabong, Segama, Limbahau, Sungai Manila, Membakut, Pintasan dan Petagas.

Mungkin kerana menyangka mereka benar-benar akan mendapat 14 kerusilah, maka perwakilan PKR datang ke majlis pengumuman itu dengan bersemangat.

Tetapi mereka tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila pengumuman dibuat.

Sekumpulan anggota PKR dilihat meninggalkan dewan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu selepas berbincang dengan Christina .

Selepas perwakilan dari PKR dan Liew keluar dari dewan tersebut, wartawan kemudian menyusuri Liew untuk mendapatkan penjelasannya.

Walau bagaimanapun, Liew enggan memberikan sebarang komen dan berkata bahawa dia ingin ke tandas.

Liew dan perwakilan PKR kemudian tidak kembali ke dalam dewan tersebut.

Apabila calon pilihan raya yang diumumkan diminta naik ke atas pentas untuk sesi bergambar, Liew tidak kelihatan.

Dan PKR sebenarnya berhak kecil hati sebab bilangan kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada PRN ini lebih kecil daripada yang ditandinginya pada PRU ke-14. Pada PRU itu PKR bertanding lapan kerusi, kali ini tujuh kerusi.

Kredit foto: Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top