Agihan Kerusi Memang Sukar, Tapi Bung Positif Akan Selesai

bunggg.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin berkata rundingan kerusi pilihan raya sesama parti pembangkang negeri ini terbukti sukar ketika mereka bersiap menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Namun, katanya pemimpin parti-parti berkenaan bertekad untuk menyelesaikannya dan berharap dapat mencapai kata putus dalam dua hari akan datang.

“Perbincangan masih berlangsung, sangat sukar,” katanya kepada wartawan sebelum perjumpaan pemimpin pembangkang negeri dengan pemimpin Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

“Pada akhirnya kita harus mencari jalan penyelesaian, itu saja. Adakah pilihan lain? Untuk menang kita harus bekerjasama.

“Semua orang merasakan mereka kuat. Setiap parti berpendapat bahawa mereka boleh memenangi kawasan tertentu. Itu petanda baik tetapi sekarang sukar untuk memutuskan siapa yang akan mengambil kerusi mana. ”

Bung, yang merupakan ketua jentera pilihan raya Barisan Nasional Sabah, mengatakan BN akan meneruskan simbol “dacing” untuk PRN inj walaupun terdapat perbincangan bahawa Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah akan menggunakan simbol mereka sendiri.

“Ia tak nenjadi masalah asalkan kita tidak bertanding satu sama lain,” katanya ketika ditanya apakah dia mempunyai masalah dengan pihak pembangkang yang tidak menggunakan satu logo yang sama.

Mengenai soal calon pembangkang yang akan dicalonkan sebagai ketua menteri, Bung mengatakan mereka fokus untuk memenangi pilihan raya.

Pilihan raya negeri telah ditetapkan pada 26 September.

Umno Sabah dan rakannya MCA dan PBRS berada dalam BN, sementara PN terdiri daripada Sabah PPBM, STAR dan SAPP, sementara PBS dan PAS adalah sekutu PN di negeri ini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top