Agihan Bantuan Bakul Makanan Di Kota Belud Pada 19 Oktober

ShahelmyYahya_1598933878.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengagihan bakul makanan bagi daerah Kota Belud akan dilakukan pada 19 Oktober.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya berkata, pengagihan bakul makanan untuk daerah Putatan akan bermula pada 16 Oktober 2020, Tuaran pada 18 Oktober sementara Papar sudah diedarkan pada 15 Oktober lalu.

“Agihan harian bantuan bakul makanan pada 15 Oktober 2020 adalah sebanyak 4,517 merangkumi daerah seperti Lahad Datu sebanyak 1,088, Semporna (1,647), Kunak (401), Tawau (800).

Pada 14 Oktober lalu, daerah-daerah yang terlibat dalam pengagihan bakul makanan adalah Sandakan (71), Kota Kinabalu (410) dan Penampang (100),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata,  pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar COVID-19 giat dilaksanakan.

Katanya, sehingga 15 Oktober 2020, sebanyak 26,178 bakul makanan telah diagihkan di tujuh buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Penampang. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top