Agihan Bakul Makanan Program Bantuan Prihatin 3,0 Di Dun Lamaq Berjalan Lancar

abu-bakar-lamaq.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Bantuan bakul makanan  di bawah  program Bantuan Prihatin 3.0 Covid-19 berjalan lancar di seluruh daerah di negeri ini  khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah RM34,366,500 juta untuk bantuan bakul makanan yang telah dan sedang  diagih-agihkan kepada penduduk yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.

Bagi kawasan Lamag, Bung yang juga wakil rakyat kawasan itu berkata, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakatnya, Abu Bakar Gapar dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan masing-masing diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyampaikan  bantuan kepada penerima .

Bung Moktar

“Setakat ini di kawasan saya (DUN Lamag) proses agihan berjalan lancar, bagaimanapun masih ada beberapa buah  kampung yang masih dalam pengurusan penghantaran disebabkan faktor perhubungan selain pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Bagaimanapun saya memberi jaminan semuanya akan menerima bantuan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini selepas menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di Pusat  Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya selain agihan bakul makanan UPPM Lamag bersama JPKK juga telah diminta untuk menyampaikan maklumat pemberian vaksin COVID-19 dan dipertanggungjawabkan untuk mendaftarkan penerima yang belum mendaftar untuk vaksinasi.

“Setakat ini penerimaan rakyat di DUN Lamag terhadap pemberian vaksin COVID-19 amat positif dan saban hari ada yang mendaftar. Saya difahamkan pihak hospital dan jabatan kesihatan telahpun turun padang ke kawasan-kawasan kampung yang jauh untuk memberikan vaksin kepada penduduk,” tambah beliau.

Sementara itu Abu Bakar berkata, setakat ini lebih dari  3,000  Ketua Isi Rumah (KIR) dari 19 buah kampung telah menerima bantuan bakul makanan mereka masing-masing, hanya tinggal 5 buah kampung yang belum menerimanya.

“Insya Allah Ahad ini kesemua kampung akan menerima bantuan bakul makanan di mana Datuk Seri Bung selaku ADUN kawasan ini akan menyampaikanya di  kampung Balat dan Sangau,”katanya

Dalam pada itu Abu Bakar meminta sekiranya ada  penduduk yang tercicir dari senarai penerima agar dapat berhubung dengan JPKK masing-masing bagi memastikan bantuan bakul makanan dapat disalurkan segera

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top