Adun Warisan Positif Covid-19

norazlinah-arif-bernama-151020-1.jpg

Datuk Norazlinah Arif

Kongsi Bersama

KUNAK: Seorang Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Warisan disahkan positif Covid-19.

Adun Kunak, Norazlinah Arif, mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata, beliau menjalani ujian saringan kali ke-2 semalam, dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Oktober lepas. –FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top