Adun Sindumin Umum Keluar Warisan

Dr-yusof-yacob.jpg
Kongsi Bersama

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dilapor mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah.

Langkah itu diambil selepas spekulasi itu dibincangkan sejak kira-kira seminggu lalu.

Lima hari lalu, dia dilapor akan keluar Warisan dan menjadi Adun bebas mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dr. Yusof bagaimanapun kemudiannya menafikan laporan itu.

Dalam pilihan raya Sarawak September tahun lalu, Yusof mempertahankan Sindumin dengan majoriti tipis 424 undi menewaskan calon BN dan empat lain.

Dia berkhidmat sebagai menteri pendidikan dalam kerajaan Warisan sehingga Julai tahun lalu apabila DUN Sabah dibubarkan.

Sebelum menyertai Warisan, Yusof bersama Umno dan memegang beberapa jawatan termasuk timbalan speaker Dewan Rakyat ketika menjadi anggota parlimen Sipitang pada 2004 hingga 2007.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top