Adun Sebatik Keluar Parti, Sokong GRS?

adun-sebatik.jpg

KOTA KINABALU: Mesej WhatsApp yang tular sekarang ini mendakwa Adun N73 Sebatik, Hassan A Gani PG Amir  (gambar) dari Warisan telah bertindak keluar dari parti itu dan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Menurut sumber mesej itu bagaimanapun tidak menyatakan bila Adun berkenaan berbuat demikian.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu beliau menang pertandingan tujuh penjuru dengan majoriti 522 undi.

Saingan terdekatnya Datuk Abdul Muis Picho mendapat 2,143 manakala Hassan memperoleh 2,665 undi.

Berita penuh akan menyusul selepas mendapat pengesahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top