ADUN Sebatik Dakwa 5,000 Ahli Warisan Akan Ikut Jejak

Hassan-Gani-Sebatik.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Selepas menyertai PPBM malam tadi, ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mendakwa 5,000 lagi ahli Warisan di kawasannya akan mengikut jejak beliau.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 98 cawangan di DUN Sebatik dengan mereka itu dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PPBM.

”Berkenaan hari ini (semalam), kita memang menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM dan ia daripada 98 cawangan untuk DUN Sebatik saja dengan jumlah ahli seramai 5,000.

”Keputusan ini dibuat selepas perbincangan dengan pihak akar umbi dan juga ketua-ketua cawangan yang mana sebelum ini mereka adalah daripada Warisan. Mereka bersedia dan bersetuju bersama kita untuk menyertai PPBM,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hassan berkata, selepas mengisytiharkan keluar daripada Warisan pada Feb lalu, beliau telah menjelajah dan bertemu dengan semua ketua-ketua cawangan.

”Respon mereka adalah bersetuju untuk menyertai PPBM dan kita juga mengajak mereka tanpa paksaan, ini bermakna mereka secara sukarela menyertai PPBM bersama-sama dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Hassan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu kepada ketua menteri yang juga Ketua PPBM Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sempena majlis ulang tahun kedua PPBM Sabah, malam tadi.

Pada 25 Feb lalu, Hassan mengumumkan menjadi ADUN bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat negeri dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat nasional.

Hassan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 Sept lalu atas tiket Warisan.

 

Sumber: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top