Adun Sabah Angkat Sumpah Esok

dun-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Semua 73 Adun yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bulan lalu akan mengangkat sumpah di bangunan DUN esok.

Upacara angkat sumpah itu akan dipengerusikan Yang di-Pertua DUN baharu Datuk Kadzim Yahya, diadakan secara tertutup tanpa kehadiran media kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), menurut seorang pegawai daripada Jabatan Penerangan Sabah.

Bagaimanapun, majlis itu difahamkan akan disiarkan secara langsung menerusi YouTube.

Selain 73 Adun, 6 Adun lantikan turut dijangka mengangkat sumpah di depan Kadzim.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai 41 Adun termasuk 3 bebas, yang menyokong kerajaan negeri yang baharu.

Pembangkang iaitu Warisan Plus terdiri daripada Warisan, DAP, PKR dan Upko mempunyai 32 Adun.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top