ADUN Pitas Nafi Sokong Warisan

Ruddy-Awah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk membentuk kerajaan baharu seperti yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej yang disebarkan itu adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan fitnah semata-mata.

“Saya menegaskan bahawa saya menyokong penuh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej berkenaan dan menyiasat dahulu kesahihan maklumat yang disebarkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ruddy sebelum ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai calon bebas telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum ini tular di media sosial mengatakan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu akan menyokong Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan kerajaan.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top