ADUN Lumadan Sedia Dua Penempatan Baharu Untuk Penduduk

ruslan-muharram.jpg

Datuk Ruslan Muharam (gambar fail)

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam mengambil pendekatan dengan menyediakan dua penempatan baharu iaitu di Kampung Batu Enam Setengah dan Kampung Balibata, masing-masing dengan keluasan 10 ekar.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang tidak mempunyai tapak rumah selepas kediaman asal mereka dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Tambahnya, selain penduduk yang terkesan dengan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, penduduk yang tinggal di pinggir Sungai Padas juga akan ditempatkan di penempatan baharu sebagai langkah keselamatan memandangkan kediaman pinggir sungai sering dilanda banjir.

“Lot-lot perumahan juga disediakan di dua penempatan baharu terbabit iaitu sebanyak 60 buah lot di Kampung Batu Enam Setengah manakala di Kampung Balibata kini dalam proses penyesuaian tapak oleh komuniti terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Beaufort di penempatan baharu Kampung Batu Enam Setengah, pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, memberitahu, terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum penduduk dapat berpindah masuk ke penempatan baharu di Kampung Batu Enam Setengah.

Menurutnya, antaranya masalah banjir di sepanjang laluan masuk ke penempatan terbabit akibat ketiadaan sistem perparitan yang teratur termasuk kondisi jalan yang perlu dinaik taraf.

Sehubungan itu katanya, JPS akan membersihkan Sungai Api-Api sejauh lima kilometer (km) yang dipenuhi semak samun hingga menghalang kelancaran aliran air keluar khususnya semasa hujan lebat hingga menyebabkan banjir di kawasan itu.

“Selain menyelesaikan isu banjir, ia juga adalah kesinambungan pembersihan sama dilaksanakan JPS di Sungai Api-Api sejauh 7.5 kilometer sebelum ini bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Bukau.

“Kita juga akan dapatkan peruntukan bagi pembersihan selebihnya iaitu kira-kira 2km lagi hingga ke hujung Sungai Api-Api berdekatan Kampung Padas Valley termasuk berusaha selesaikan masalah perparitan di penempatan ini.

“Semua kesukaran ini akan kita selesaikan dengan kerjasama JPS termasuk Pejabat Daerah Beaufort bagi isu naik taraf laluan atau jalan masuk ke penempatan ini,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top