ADUN Lumadan Minta Tempoh Bagi 14 Rumah Diberikan Notis Pengosongan

hsji-ruslan.jpeg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam telah meminta Pegawai Daerah Beaufort untuk berbincang dengan Penolong Pegawai Hasil Tanah (PPHT) untuk melanjutkan tempoh notis pengosongan 14 buah rumah yang terletak dalam kawasan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di sini.

“Saya telah meminta Pegawai Daerah untuk berbincang dengan pihak PPHT untuk melanjutkan tempoh notis pengosongan rumah yang terlibat, sehinggalah pemilik rumah-rumah tersebut ditempatkan di lokasi baharu,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Selain itu, beliau juga berusaha berbincang dengan pihak kontraktor Pan Borneo tersebut untuk memberikan wang ihsan kepada semua pemilik 14 buah rumah terbabit yang terletak di Kampung Padas Valley sini.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, pemilik-pemilik rumah terbabit telah menerima surat notis untuk mengosongkan rumah masing-masing yang didirikan di atas tanah milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan mereka meminta beliau untuk campur tangan menyelesaikan isu tersebut.

Ini susulan notis pengosongan yang diserahkan Kerajaan Negeri Sabah kepada 14 buah rumah di kampung tersebut minggu lalu, kerana tapak rumah penduduk terbabit terletak dalam kawasan pembinaan lebuh raya berkenaan. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top