ADUN Kunak Setia Bersama Warisan, Tolak Dakwaan Lompat Parti

norazlinah-arif-bernama-151020-1.jpg
Kongsi Bersama

KUNAK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kunak, Norazlinah Arif sekali lagi menafikan kononnya beliau bakal meninggalkan Parti Warisan (Warisan) dalam tempoh terdekat.

Norazlinah berkata, beliau tidak pernah menandatangai apa-apa dokumen seperti Akuan Bersumpah (SD) untuk bertukar parti seperti ditularkan dalam sebuah portal online di negeri ini.

“Ini bukan kali pertama saya menafikan benda seperti ini. Jangan percaya, perkara ini tidak betul…Saya menafikan menandatangai apa-apa SD bagi tujuan menukar sokongan kepada parti lain.

“Ini hanya sekadar mainan politik sekali gus sengaja menimbulkan isu yang dilihat tidak masuk akal serta hanya mengelirukan rakyat khususnya di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Norazlinah yang juga Ketua Wanita Parti Warisan berkata, ketika ini beliau bersama semua ADUN Warisan berdiri teguh di belakang kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

“Saya akan terus menghormati mandat serta kepercayaan yang telah diberikan pengundi kepada saya pada Pilihan Raya Negeri (PRN-16) lalu.

“Kita akan terus memperjuangkan dan menuntut hak rakyat Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Norazlinah berkata sebagai pemimpin, beliau sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak mudah terpengaruh dengan orang lain sekali gus kekal bersama kepimpinan sedia ada.- Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top