ADUN Kuamut digesa lapor polis jika dakwaan “whistleblower” dianggap cubaan sabaotaj kerajaan GRS

Jeffrey-Nor.jpg

Jeffery

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menggesa ADUN Kuamut supaya melaporkan kepada pihak polis terhadap “whistleblower” sekiranya yakin dakwaan rasuah yang diviralkan itu dianggap sebagai cubaan sabotaj kepada kerajaan negeri.

Ketika membuat gesaan itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata langkah itu penting untuk membersihkan nama dan seterusnya menyangkal dakwaan itu.

“Kalau yakin dan percaya dakwaan bahawa ianya sabotaj kepada kerajaan negeri laporkanlah kepada pihak berkuasa. Sudah-sudahlah salahkan pihak pembangkang,” katanya.

Jeffery yang juga Ketua UNNO Putatan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Masiung Banah baru-baru ini bahawa penyebaran ‘ADUN Rasuah’ merupakan agenda untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Jeffery membangkitkan masalah penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru yang menurutnya belum selesai.

Beliau turut meminta penjelasan Masiung yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) ‘bila masalah itu dapat diselesaikan’ supaya para penghuni dapat tempat tinggal yang lain.

“Masalah depan mata pun tak boleh selesai, sebagai pengerusi LPPB Masiung kena bertanggungjawab untuk selesaikan masalah penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru itu.

“Kita bagi masa untuk selesaikan masalah infra asas d negeri Sabah ini tetapi sehingga kini belum selesai dan itu lebih berfaedah dari hari-hari menafikan itu dan ini.

“Tepuk dada tanya diri sendiri siapa yang berkuasa, kamu yang berkuasa sudah tentu kamu punya kelebihan. Jadi buatlah kerja, selesaikanlah masalah rakyat, jangan buat tuduhan sana sini,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top