Adun Kuamut Cadang Bakul Makanan Diganti Baucar

Datuk-Masiung-Banah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Kuamut,  Datuk Masiung Banah mencadangkan kepada kerajaan negeri dan persekutuan supaya agihan bantuan bakul makanan Covid-19 di negeri ini digantikan dengan pemberian berbentuk baucar.

Pandangan itu disuarakan oleh beliau sebagai langkah penambahbaikan bantuan berkenaan supaya dapat disampaikan dengan lebih pantas kepada golongan sasar.

” Jika cadangan itu sesuai dan boleh diterima pakai sebagai langkah baharu, penerima bantuan hanya perlu menukar baucar di supermarket atau kedai barangan yang akan dilantik oleh kerajaan kemudian.

” Sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan sistem yang lebih cepat dan pantas tanpa wujud isu ketirisan, yang sering kali dikaitkan dengan bantuan itu, ” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut Masiung, wujud kelemahan teknikal dalam pengurusan di peringkat negeri dan daerah menyebabkan penduduk yang benar-benar terkesan dengan Covud-19 lewat menerima agihan bakul makanan.

Isu kelewatan bantuan makanan kepada rakyat Sabah yang terkesan dengan gelombang ketiga Covid-19 hangat diperkatakan ekoran pelbagai masalah bekalan secara bersasar.

Masiung berkata,  cadangan itu bukan sahaja mempercepatkan agihan bantuan tetapi dapat menjimatkan kos pengangkutan, tenaga kerja dan pembungkusan.

” Pemberian baucar jauh lebih jimat dan pantas berbanding penghantaran bakul makanan yang dianggap masih berada ditakuk lama,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Katanya lagi, penerima baucar boleh memilih sendiri bahan makanan dan  keperluan asas seperti susu bayi dan bahan pakai buang mengikut nilai bantuan yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri menetapkan bantuan Covid-19 sebanyak RM100 kepada golongan sasar dan RM300 untuk bantuan ‘one off’ kepada golongan B40 dan mereka yang berdafar dengan e-kasih.

Masiung mengesa, Kerajaan Negeri bersetuju mengenai cadangan itu kerana pemberian bakul makanan sudah tidak releven lagi dan sentiasa dikaitkan dengan unsur ketirisan.

Katanya, cadangan ini merupakan proses penambahbaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat Sabah yang lebih banyak terkesan dengan gelombang ketiga pandemik Civid-19 di negara ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top