ADUN Karamunting Keluar Warisan, Sertai Gagasan Rakyat

George-Karamunting.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seorang lagi ADUN Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan keluar dari parti itu hari ini.

George Hiew Vun Zin, ADUN Karamunting juga turut mengumumkan langkahnya menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Dalam kenyataan medianya hari ini, George berkata, rakyat tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting.

Menurutnya, rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah dan hanya dengan kestabilan politik yang utuha pembangunan dan perubahan dapat dibawa, khususnya di Karamunting yang dahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepada beliau di dalam arena politik.

Namun, sekarang adalah masa untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak-hak kita yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga, disamping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,” katanya.

George memenangi kerusi Karamunting atas tiket Warisan pada tahun 2018 dan 2020. Beliau pernah menjadi Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama dua tahun.

Susulan pengumuman itu, George menjadi ADUN ke-11 Warisan meninggalkan parti berkenaan.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top