Adun DAP Kata Johor Lebih Stabil Kalau UMNO, PH Bergabung

SheikhOmarAli.jpg
Kongsi Bersama

Adun DAP Sheikh Omar Ali berkata bahawa Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil sekiranya negeri itu mengikut formula Perak.

Sheikh Omar merujuk penggulingan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu sebagai menteri besar Perak yang dikaitkan dengan peranan Adun dari Umno dan PH.

Wakil rakyat DUN Paloh itu berkata bahawa formula Perak akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri di Johor.

“Jika Johor ikut formula Perak, kerajaan negeri akan lebih stabil.

“Jika formula Perak diguna pakai, Umno (14 kerusi) bergabung dengan PH (27 kerusi) akan membentuk jumlah 41 di mana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang ini,” katanya dalam satu hantaran Facebook, sebentar tadi.

Dia berkata demikian mengulas usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Umno Johor pada masa ini memiliki 14 kerusi DUN, Bersatu (12), MIC (2) dan PAS (1).

PH memiliki 27 kerusi DUN.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top