ADUN Balung, Ahli Parlimen Tawau bantu mangsa kebakaran

MP-Adun-bantu.jpg

Hamild dan Lo ketika turun padang melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

Kongsi Bersama

TAWAU: Mangsa kebakaran di Kampung Tass Andrassy, di sini menerima bantuan awal daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Hamild Awang dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, kelmarin.

Hamild berkata, pihaknya terus mengambil langkah awal bagi membantu mangsa kebakaran sebuah rumah yang menempatkan dua keluarga di kampung berkenaan.

Katanya, bantuan awal berupa wang tunai dan bakul makanan ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

“Kita akan berusaha untuk mendapatkan bantuan-bantuan lain daripada pihak kerajaan dan agensi lain bagi membantu keluarga ini.

“Saya yakin ramai pihak akan turut sama membantu terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) yang ada di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan awal wang tunai dan bakul makanan kepada mangsa kebakaran, di sini kelmarin.

Hamild berharap semua mangsa dapat bersabar dengan cubaan musibah yang dihadapi dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu mengikut kapasiti yang ada.

Terdahulu, kebakaran berkenaan membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang dihuni oleh dua keluarga.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu membabitkan empat mangsa termasuk seorang warga emas, orang dewasa dan dua kanak-kanak.

 

Sumber: PENERANGAN GAGASAN RAKYAT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top