Adun Apas Serah Bantuan Bakul Makan Kepada B40 Di Tawau

nizam.jpg
Kongsi Bersama

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kol Kehormat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan semalam hadir di beberapa tempat bagi program agihan bantuan bakul-bakul makanan kepada golongan B40.

Agihan demi agihan telah dilaksanakan oleh pihak UPPM Apas, BERSATU Bahagian Tawau dan pastinya Kerajaan Negeri Sabah.

ADUN Apas itu turut diiringi pihak Jabatan Kebajikan Tawau oleh pegawainya Pn Hasnah yang turut sama mengagih-agihkan sebanyak 985 bakul-bakul makanan.

Sasaran penerima adalah dari golongan B40 bagi Kg Inderasabah,Batu 4 dan juga kawasan Batu 2 dengan harapan semoga dapat membantu dalam menghadapi PPN Fasa 2 di Sabah.

Turut hadir sama Pn Hasnah(Pegawai Kebajikan Bahagian Tawau), Tuan M Azrian Syah Ali (PPM Apas),Pn Maimunah Mahamud (Ketua SRIKANDI Tawau), Tuan Basir Yahya (Ketua PDM Tinagat),Tuan Haji John Lakim (AJK Bahagian BERSATU Tawau),Tuan Sahran Mankati (Penerangan BERSATU Tawau),Tuan Tony Tahah (AJK Bahagian BERSATU Tawau,Tuan Zulkifli (AJK Bahagian BERSATU Tawau),Tuan Ramlee Baki (AJK Bahagian Tawau) dan pemimpin pemimpin setempat di kawasan masing masing.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top