PITAS: Seorang ibu merayu bantuan orang awam yang memiliki darah jenis ‘AB positif’ untuk tampil menderma agar dapat membantu anaknya yang menghidapi penyakit Hemophagoyctic Limphohistiocytosis.
Menerusi perkongsian di Facebook, Noraine berkata, anaknya Nurasniera Faezah (gambar) yang berusia satu tahun dua bulan kekurangan darah dan kini berada di Hospital Pitas, Kota Marudu, Sabah.
Oleh itu, dia mengharapkan bantuan mereka yang sudi menderma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anaknya berikutan kesukaran mendapatkan bekalan darah jenis itu.
Penderma yang ingin menderma darah kepada adik Nurasniera boleh menderma atas nama Nurasniera Faezah di Hopsital Pitas atau terus menghubungi Noraine menerusi akaun Facebook Noraine Dan Rahman. – SiakapKeli
Kredit; Sabah Post