Adakah Sah Pindaan Perlembagaan Umno Nanti?

umno.jpg
Kongsi Bersama

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) akan mengadakan satu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas pada Sabtu depan (14 Mei 2022) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, PAU khas ini adalah bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu untuk meminda perlembagaan mengenai tempoh pemilihan parti. PAU 2021 yang berlangsung Mac lalu telah meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas PRU15 diadakan.

Bagaimanapun keabsahan usul pindaan perlembagaan parti pasti akan menimbulkan persoalan kerana ia dibuat ketika semua pemegang jawatan dalam parti sama ada di peringkat pusat, bahagian atau cawangan telah tamat penggal sejak Ogos 2021. Keputusan ROS membenarkan penangguhan pemilihan selama 18 bulan hanya menjadikan pemegang jawatan sekarang sebagai caretaker sahaja.

Adakah pemegang jawatan sekarang yang berkedudukan sementara mempunyai legitimasi untuk membuat perubahan besar kepada perlembagaan parti?

Pindaan perlembagaan ini juga tidak semestinya boleh diguna pakai sebaik diluluskan. Ini kerana Perkara 11, Akta Pendaftar Pertubuhan 1966, mengkehendaki sebarang perubahan aturan-aturan (perlembagaan) pertubuhan perlu mendapat kebenaran Pendaftar terlebih dahulu.

Berdasarkan kedudukan semua pemegang jawatan telah tamat tempoh hampir setahun lalu, adalah sukar untuk melihat ROS meluluskan pindaan ini yang bertujuan mengekalkan para pemegang jawatan yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Jalan masih berliku kepada pindaan Perlembagaan Umno ini. Mungkin akhirnya Umno tiada pilihan kecuali membuat pemilihan parti seperti mana parti politik lain. – SUARA TV

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top