“Abang Mat Patut Kecil Hati Pada Tun M,” Kata Puteri UMNO Kepada Mat Sabu

zahida.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan (gambar) menyindir Presiden Amanah Mohamad Sabu ekoran kenyataan beliau baru-baru ini yang mengatakan bahawa dirinya berkecil hati apabila parti yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 kembali semula menjadi kerajaan.

Menurut Zahida, Ahli Parlimen Kota Raja itu sepatutnya terkilan dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Abang Mat sepatutnya terguris kecil hati pada Tun M yang runtuhkan kerajaan PH dulu.

“Beri ruang kerajaan ‘mandat Istana’ buat yang terbaik untuk rakyat.

Mohamad Sabu

“Mohon Abang Mat tabah, dan teruslah sumbang idea, semak imbang demi kebaikan negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Kenyataan Mohamad itu adalah susulan daripada pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kata beliau, rakyat telah melihat proses pilihan raya untuk memilih kepimpinan negara telah menjadi sia-sia sejurus Langkah Sheraton bermula dengan pertukaran kerajaan PH kepada Perikatan Nasional (PN). –UMNO Online

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top