98.93% Calon STPM Di Sabah Lulus Penuh

MISTIRINE-RADIN-1.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 7,330 orang calon mendapat lulus penuh bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di Sabah.

Pada tahun lalu, daripada 7,409 orang calon yang menduduki peperiksaan STPM, seramai 7,330 calon atau 98.93 peratus mendapat lulus penuh, berbanding seramai 6,956 orang calon atau 98.86 peratus pada 2019. Ia menunjukkan peningkatan seramai 374 orang calon.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) juga meningkat sebanyak 0.04 mata iaitu daripada 2.67 pada 2019 kepada 2.71 pada 2020.

Peningkatan GPNK itu merapatkan lagi kurang perbezaan GPNK antara negeri dan negara iaitu daripada 0.10 pada 2019 kepada 0.07 pada 2020.

Beliau berkata, bilangan pelajar yang memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 iaitu memperoleh A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM juga meningkat.

“Pada 2020, seramai 72 orang calon memperoleh PNGK 4.0 berbanding 51 orang pada 2019. Ini menunjukkan peningkatan seramai 21 orang calon.

“Sebanyak 25 sekolah di bandar mencatatkan pencapaian lulus sebanyak 99.46 peratus manakala, 77 sekolah di luar bandar mencapai lulus sebanyak 97.44 peratus. Ini menunjukkan jurang perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar adalah 2.02 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mistirine, sebanyak 58 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus bagi peperiksaan STPM 2020.

Jelas beliau, daripada 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah, sebanyak 13 PPD menunjukkan pencapaian melepasi GPNK negeri.- UTUSAN ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top