98.6% Calon STPM di Sabah Lulus Penuh

tah-nia-jaman.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 7,109 atau 98.6 peratus daripada 7,210 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lepas memperoleh kelulusan penuh.

Pada masa sama, 425 calon memperoleh 5P, 4,763 dengan 4P, 1,126 dengan 3P, 519 dengan 2P dan 276 dengan 1P.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Tah Nia Jaman berkata walaupun Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) bagi Sabah pada 2021 lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, ia tidak ketara kerana perbezaannya hanya 0.01 mata.

Pada tahun 2021, PNGK STPM Sabah ialah 2.70 manakala pada tahun 2020 ialah 2.71.

“Sebanyak 98 sekolah kerajaan di kawasan bandar mempunyai kadar kelulusan 98.45 peratus manakala 84 sekolah di luar bandar mencapai kadar kelulusan 97.40 peratus.

“Ini menunjukkan perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar adalah sangat kecil iaitu 1.05 peratus.

“Secara keseluruhan, daripada 21 mata pelajaran yang ditawarkan dalam STPM 2021, satu mata pelajaran telah mencatat peratusan lulus penuh 100 peratus iaitu Sastera dalam Bahasa Inggeris iaitu gred C dan ke atas,” kata Tah Nia dalam satu kenyataan pada Khamis.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top